DOKUMEN
YANG DIPERLUKAN IALAH:
- GAMBAR 4CM X 6CM : 4 KEPING.
(LATAR BELAKANG PUTIH, ZOOM MUKA 80%).
GAMBAR LELAKI TIDAK MEMAKAI SONGKOK.
GAMBAR WANITA BERTUDUNG KECUALI WARNA PUTIH TIDAK DIBENARKAN.(RUJUK
GMBR DI SEBELAH)
- PASSPORT A/BANGSA : TARIKH TAMAT 6 BULAN SEBELUM BERLEPAS.
- BUKU KESIHATAN : SUNTIKAN ACYW 135 (MENIGITIS).
- SALINAN SIJIL LAHIR : UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN.
- SALINAN SIJIL NIKAH : UNTUK ISTERI.
- BAGI BALU ATAU YANG BELUM BERKAHWIN:
I/C DAN SALINAN SURAT BERANAK WARIS YG TINGGAL DI M'SIA.
- BAGI YANG SUDAH BERKAHWIN PERGI TANPA DITEMANI SUAMI:
I/C SUAMI DAN SALINAN SIJIL NIKAH.
2.TEMPAHAN
- Tempahan hendaklah secepat mungkin (minima sebulan sebelum
pelepasan) dengan mengisi bor ang pendaftaran beserta deposit
RM500(min).
- Pengesahan adalah setelah pembayaran 50%(min) daripada
harga-harga pakej. Syarikat berhak menukar atau menunda
tarikh pakej bagi jemaah yang hanya membayar deposit kepada
satu tarikh yang sesuai mengikut perudingan bersama. Selagi
pembayaran 50% belum diterima,pihak syarikat berhak menjual
tempat kosong kepada jemaah atau pihak lain.
3. PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi atau kelas
lain atas permintaan(dengan harga tambahan yang ditetapkan).
- Pengangkutan dari lapangan terbang ke/dari hotel dan
ziarah.
- Hotel penginapan seperti yang tercatit dalam sebutharga.
- Hidangan makanan 3kali sehari(sarapan,tengahari,malam).
- Ziarah destinasi berkenaan sekitar Mekah dan Madinah.
- Khidmat mutawif,nasihat/bimbingan agama dan panduan.
- Hadiah: Beg galas,beg pakaian biasa beroda dan buku panduan.
- Cukai lapangan terbang (Airport Tax dan Fuel Surcharge).
4. PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kegunaan peribadi seperti dobi, bayaran telegram/fax/telefon.
- Makan dan minuman selain yang disediakan.
- Bayaran bagi berat barang-barang berlebihan dari yang
dihadkan oleh syarikat penerbangan (20kg).
- Insuran Pengembaraan TAKAFUL IKHLAS RM 45.00.
- Tip untuk pemndu pelancong dan potter.
5. CUACA DAN PAKAIAN
- Iklim di Arab Saudi biasaya panas antara Julai –
September.Para jemaah dinasihat memakai pakaian biasa. Tetapi
mulai October – Januari ,cuaca agak sejuk.Oleh itu
jemaah dinasihatkan membawa pakaian tebal.
6. BAGI PAKEJ UMRAH TRANSIT SEBELUM
SAMPAI KE JEDDAH.
- Pastikan anda membawa pakaian tambahan dalam hand luggage
untuk bermalam di airport/airport hotel kerana bagasi tidak
dikembalikan semasa transit.
|